Sejarah awal Pengarang lakon

Dalam kesusasteraan Barat, para pengarang lakon terawal yang karya masih didapati sekarang ialah orang Yunani Purba. Lakonan-lakonan ini ditulis buat pertandingan antara pengarang lakon Athens.[1] sekitar abad ke-5 SM.

Poetics Aristotle

Pada abad ke-4 SM, Aristotle menulis Poeticsnya, yakni sebuah panduan buat penulisan lakonan. Dalam teks ukur rujuk ini, Aristotle menetapkan prinsip "aksi" atau "praksis" sebagai asas semua drama. Kemudian beliau memasukkan hierarki atau tatatingkat unsur-unsur buat drama bermula dengan Plot (mythos), Watak (ethos), Buah Fikiran (dianoia), Diksi (lexis), Musik (melopeia), dan Pertunjukan (lusis). Hasil drama terdiri daripada plot, watak, dan buah fikiran, sementara kaedahnya ialah bahasa, muzik, dan pertunjukan. Memandangkan yang mitos—asas Tragedi Yunani—sudah pun diketahui umum, "plot" berkaitan dengan susunan dan pemilihan bahan. Watak disamakan dengan pilihan, berlawanan dengan psikologi dan, oleh sebab itu, watak dapat ditentukan oleh aksi.

Dalam tragedi, tanggapan pilihan beretika menentukan watak. Buah fikiran pula lebih bersangkut paut dengan penghujahan dan strategi retorik dan tidak "tema", seperti yang berlaku hari ini. Bahasa dan Muzik merupakan kaedah bahan drama, sama dengan cat dan berus untuk pelukis. Kaedah Aristotle jenis induktif dan berlandaskan pembacaannya terhadap karya penulis-penulis tragedi yang hebat pada zamannya. Dengan kata lain, Aristotle menyusun teori-teorinya daripada lakonan itu sendiri dan beliau tidak bermula daripada pendekatan teori. Justeru, Poetics tidak ditulis sebagai dogma (ia kemudian menjadi dogma), akan tetapi ditulis sebagai panduan amalan terbaik. Definisi tragedi Aristotle, "tiruan sesuatu tindakan yang serius..." dll, membawa dengannya konsep mimesis[2] daripada kehidupan sebenar berbanding dengan ideal yang diketengahkan Plato. Dengan cara demikian, Aristotle mengembangkan konsep hamartia, tragis rendah atau kecacatan tragis, yang menggambarkan kesilapan yang dibuat watak utama atau protagonis. Mahupun Poetics karya pendek, ia amat sarat dan berbaloi jika dikaji pengarang lakon pada hari ini. Poetics menyediakan asas buat lakonan "yang didorong konflik", satu satu syarat dramaturgi.[3]